Saturday, May 27, 2023

RENEWAL SHAKLEE UNTUK MANFAT BERTERUSAN


Renewal shaklee UNTUK MANFAAT BERTERUSAN


Hai semua!

Dah renew keahlian shaklee ke tu?ada juga yang bertanya dengan saya tentang renewal shaklee ni.Antaranya ialah

1.Perlukah renew keahlian Shaklee dan ada tempoh expired ke ?

2.Bilakah masa yang sesuai untuk renew keahlian Shaklee ?

3.Apa manfaat yang akan saya perolehi jika berterusan menjadi ahli Shaklee ?

4.Dan pelbagai lagi soalan..jom saya kongsi jawapan bagi persoalan di atas

Bagi memastikan keahlian Shaklee anda kekal aktif ,setiap ahli perlu mengaktifkan keahlian dengan membuat sebarang pembelian produk shaklee dalam tempoh setahun,jika tiada sebarang pembelian dibuat dalam masa setahun keahlian..maka serta merta keahlian kita akan expired.

Sekarang ni sangat mudah tau..bila kita daftar keahlian kita akan serta merta ada web sendiri untuk mudahkan pembelian dan merujuk pelbagai info yang ada dalam web termasuk dengan maklumat peribadi kita tentang bila waktu expired keahlian..yang paling mudah diingati..tarikh expired adalah sama dengan tarikh lahir kita..mudah kan?

Jadi bila waktu yang sesuai untuk anda renew,jawapannya 3 bulan sebelum tarikh kelahiran @sebelum tarikh kelahiran anda..dengan membeli apa sahaja produk shaklee..ha..mudahkan..dalam masa setahun jika kita konsisten dengan vitamin shaklee pasti kita akan membuat pembelian semula betul tak?disamping makan..kita juga boleh dapat cash Bonus..seperti entry yang saya kongsikan sebelum ini.

Seterusnya.pelbagai kelebihan yang akan kita dapat bila kita terus menjadi ahli..

1.Mendapat diskaun sehingga 20%dari harga asal

2.Boleh memulakan perniagaan sendiri dengan mengambil peluang yang shaklee sediakan

3.Menjana pendapatan secara part & full time bersama shaklee mengikut sistem yang disediakan

4.Dikelilingi dengan Leader dan team yang sentiasa positive yang ingin melihat kita berjaya bersama

5.Mengikuti kelas nutrisi bersama pakar nutrisi shaklee dan strategi berniaga bersama shaklee dengan Master dan leader hebat!

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan anda semua..InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa..semoga entry yang ringkas dan padat ini dapat memberi info buat kita semua..bagi yang baru ingin berdaftar dengan shaklee..jangan malu dan segan untuk bertanya dengan saya tau!mana tahu kita boleh sama sama dalam satu team dan berjaya bersama amin!


Berani berimpian

Mulakan sekarang

Belum terlambat untuk saya ucapkan

Salam perkenalan buat semua!


Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN



#Nextlevelblogging2023#
#ShakleeThrive2023#

#ShakleeTriumph2023



Friday, May 26, 2023

CASH REBATE SHAKLEE DAPAT MAKAN VITAMIN PERCUMA!

CASH REBATE  SHAKLEE DAPAT MAKAN VITAMIN PERCUMA!


Assalamualaikum semua,

petang ni saya nak kongsikan kepada semua tentang Cash Rebate  dari Shaklee,semua orang mesti suka kan ,jika kita beli sesuatu kita dapat rebate dari pembelian kita,termasuk juga saya,hee

Cash rebate dari Shaklee adalah berbentuk Bonus yang akan dikreditkan dalam  akaun bank kita apabila sampai point pembelian yang kita buat ketika pembelian produk produk shaklee dilakukan dalam bulan tersebut.

Rebate ini akan diberikan apabila kita  mencapai nilai UV 150,mesti ada yang tertanya kan ,apa itu UV ?UV ini umpama point yang kita dapat dari setiap pembelian yang kita buat.Contohnya.

1 Tong Esp = 37 UV

5 Tong ESP = 185 UV

(Pembelian yang melebihi 150 uv akan mendapat  Cash Rebate dari Shaklee)

Satu lagi cara pengiraan adalah seperti gambar di bawah 

Dari gambar rajah di atas ,bagi anda yang ingin mencari pendapatan tambahan bersama Shaklee ,ini adalah BONUS yang shaklee sediakan kepada kita semua.Bermula dari 5 % sehingga 21 %,jadi dah boleh target berapa peratus yang kita inginkan dalam bisnes yang kita usahakan.

Alhamdulillah setakat ini saya telahpun merasai Cash Rebate dari Shaklee pada permulaan saya berkenalan dengan vitamin Shaklee..bermula dari itu sehingga sekarang saya masih menggunakan produk-produk shaklee antara produk yang pernah saya gunakan adalah.

1.Vivix

2.Esp

3.Omega

4.Vitalea

5.Alfafa

6.B Complex

7.Vitamin C

8.Set penjagaan kulit YOUTH

9.Fresh Laundry

10.Basic H (home)

dan banyak lagi!

Sebelum saya menceburkan diri saya dalam shaklee Bisnes ini,saya mestilah membuat testimoni untuk diri saya sendiri..dan alhmdulillah..saya dapat merasakan kesan yang positif setelah menggunakan vitamin vitamin Shaklee ini,tetapi saya mempelajarinya bukan sekadar membaca  sahaja tau,selain dari itu saya dan team mengikuti pengisian dari kelas kelas nutrisi,perkongsian ilmu bersama Leader leader Shaklee juga sangat membantu saya untuk mendapatakan maklumat yang tepat berkenaan dengan suplement yang saya ambil.


Oh ya! bulan Mei ni ,shaklee ada buat Promosi untuk semua tau,jadi boleh la sama sama kita ambil peluang ni ,bagi yang baru nak bermula dengan shaklee sesuai sangat untuk anda bermula..kerana sehingga hujung bulan Mei ini ada promosi untuk beberapa produk shaklee tau,sangat berbaloi !


2 Tong Esp hanya RM 99 !


1 Tong Esp dan Vitamin C  hanya RM 99 !

Untuk 2 set di atas ni ,hnya untuk Existing Member ,berbaloi sangat.. dari harga asal,dan bukan ini sahaja,banyak lagi promosi promosi yang shaklee buat.boleh lihat di link berikut ya!
https://www.shaklee.com.my/products/all.

Jadi bagaimana untuk bermula dengan Shaklee ?
Bermodalkan Rm 35 ringgit untuk pendaftaran ahli shaklee,anda sudah boleh mulakan untuk mengambil vitamin dan mulakan bisnes baru anda bersama shaklee!



Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN



#Nextlevelblogging2023#
#ShakleeThrive2023#
#ShakleeTriumph2023#





Wednesday, May 17, 2023

ADA APA DENGAN SET HELLO NEW YOU SHAKLEE ?

ADA APA DENGAN SET HELLO NEW YOU SHAKLEE ?

   


APA ITU SET HELLO NEW YOU SHAKLEE ?

    Jom saya kongsikan  apa itu set hello new you shaklee ,set ini sangat sesuai bagi anda semua yang ingin mengamalkan diet yang sihat dan seimbang,set ini diperkenalkan bagi membantu kita semua mengamalkan diet dengan cara yang betul mengikut pengambilan nutrisi yang sebaiknya.Set hello new you  yang diperkenalkan ini semestinya SELAMAT ,TERBUKTI DAN  BERKESAN !

SIAPA YANG SESUAI MENGAMALKAN SET INI ?

    Jika anda seorang yang inginkan permulaan kesihatan yang lebih sihat dan segar,serta menguruskan badan anda,maka set ini adalah cadangan yang terbaik untuk anda,apa tunggu lagi,mulakan sekarang juga! dan shakleev sentiasa membuka peluang untuk anda semua untuk mencuba produk -produk  Shaklee.

ADAKAH SET INI  MEMBANTU ANDA SEMUA ?

 Ya ! semestinya set ini sangat membantu saya dan anda semua,antara manfaat yang kita semua akan perolehi adalah,

❤❤❤ Membantu anda semua  menguruskan berat badan dengan cara yang lebih sihat.

❤❤❤ Membentuk tubuh badan yang lebih sihat

❤❤❤ Meningkatkan tenaga  dan berasa hebat

❤❤❤ Menambah baik sistem pencernaan.

banyak kan manfaat yang kita boleh dapat,Shaklee memang pilihan yang terbaik !

PRODUK APA YANG TERDAPAT DALAM SET HELLO NEW YOU ?


(CINCH SHAKE/ ESP/OMEGA/LECITHIN/HERB LAX/LIFE SHAKE)

CINCH SHAKE  

Mengandungi 20 jenis vitamin berkahsiat yangdiperlukan oleh badan.

ESP

Makanan rendah lemak dan tanpa kolesterol

LIFE SHAKE

Mengandungi 24 vitamin dengan tambahan estrak eldebery yang menyegarkan ! 

                                                                            LECITHIN

                                                Pengemulasi dari sumber soya semula jadi

                                                                              OMEGA

                                    Membekalkan Omega tiga dan melalui 3 peringkat penyulingan

                                                                           HERB LAX

                                Menggerakkan  usus untuk membantu penghadaman yang lebih                                                                                         berkesan.

BOLEH KONGSIKAN KEPADA KAMI TESTIMONI SET HELLO NEY YOU ?






Mengapa “Hello New You”Selamat, Semulajadi dan Berkesan ?
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten

 Jadi apa tunggu lagi jom mulakan sekarang untuk diet sihat anda !

Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN

Tuesday, May 16, 2023

OPEN HOUSE DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1444 H/2023

OPEN HOUSE DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1444 H/2023




Assalamualikum semua,

Salam Syawal buat semua,masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin buat semua sahabat kenalan saya.

Syawal kali ini penuh meriah ya,sepanjang bulan Syawal saya menerima banyak jemputan open house dari sanak saudara dan sahabat handai.

Tidak ketinggalan juga ,menerima tetamu yang hadir ke rumah,alhamdulillah...syukur ya Allah di atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kami semua.

Entry saya yang sebelum ini ada saya kongsikan berkenaan dengan perjalanan raya kami sekeluarga di hari raya yang pertama,pada entry kali ini saya akan kongsikan tentang Open House sepanjang bulan Syawal yang mulia ini.




Ziarah kami di hari pertama adalah mengunjungi sahabat seperjuangan sewaktu kami menuntut ilmu suatu ketika dahulu,terubat rindu apabila berjumpa dengan sahabat sahabat kita kan,terima kasih sahabat sudi menjemput kami ke teratak yang indah dan tenang.

Seterusnya kami bergerak ,menuju ke rumah sanak saudara di sekitar Shah Alam ,iaitu saudara sebelah ibu dan ayah saya,kami berkumpul lapan beradik di situ sambil menjamu selera makanan yang dihidangkan,terasa kemeriahan ketika berkumpul bersama sanak saudara yang ramai..ala kulli hal..dapatlah kami mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah lama tidak bersua muka.



Terima kasih juga buat sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah,dengan persediaan yang sederhana pada Syawal kali ini,terasa berkat dengan kehadiran para tetamu  yang datang kerumah..keluarga belah suami dari jauh datang ke umah untuk berjumpa dengan anak buah dan cucu,subhanallah di sini kita dapat lihat keindahan Islam, benarlah saling kunjung mengunjngi mengeratkan hubungan sillaturrahim.




    Baru baru ini ,anak anak juga tidak ketinggalan menyambut kemeriahan Syawal di sekolah masing masing,paling saya ingat adalah keletah anak saya yang berumur 4 tahun,"Mama muallimah kata esok pakai baju raya tau " dengan sebutannya yang sedikit pelat ,teringat pula zaman saya dahulu 6 tahun baru ke sekolah ,hai anak bezanya zaman kamu dan zaman mama..semoga anak anak semua menjadi anak yang soleh dan Solehah saham buat mama dan baba..amin


    Sambutan Raya anak -anak pada kali ini ,dimeriahkan dengan sambutan hari guru,jadi dikesempatan ini ,saya mengucapkan Selamat hari guru kepada semua pendidik yang pernah mendidik anak saya dari kecil sehingga kini,saya doakan para pendidik ini dikurniakan pahala yang berterusan dan diterima amalan soleh mereka dalam mendidik anak anak kami..amin.



    Akan datang ,tempat kerja kami juga akan mengadakan Jamuan Hari raya buat semua jemputan yang berdekatan,sekarang ni dalam proses persiapan kerana majlis yang dirancang akan berjalan minggu hadapan ,doakan majlis berjalan dengan lancar,dan bagi yang berdekatan boleh la berkunjung ke Open House yang akan di adakan di Masjid BBST Sepang pada 20 Mei 2023 ini.

    Baru-baru ini juga saya menerima beberapa jemputan dari sahabat handai,lihatlah kemeriahannya!saya yakin semua pasti merasa nikmatnya berada di bulan Syawal kan!di samping menghadiri jemputan tu ...jangan lupa jaga kesihatan juga ya..ambil makanan secara sederhana,pengambilan air mineral dan buah buahan yang secukupnya,bagi mengekalkan tenaga kepada badan kita.



sekian sahaja perkogsian saya pada kali ini,inilah memori Open House 2023 yang akan sentiasa berada di dalam memori kita,jumpa lagi di next entry ya !


Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN



#Nextlevelblogging2023#
#ShakleeThrive2023#
#ShakleeTriumph2023#

Monday, May 1, 2023

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE  


Assalamualaikum semua,

    Syawal kali ini penuh meriah rasanya ,bermula dari hari raya pertama sehingga hari ini,penuh dengan jemputan saudara mara.

    Raya pertama kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur dan Klang sahaja,alhamdulilllah meriah dengan kehadiran adik beradik dan ziarah menziarahi saudara mara di sekitar kampung.sempat juga kami menziarahi sahabat -sahabat yang terdekat.

    Nikmat rasanya bila kita saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain,melihat ibu ayah gembira dengan kehadiran anak anak,berkumpul saudara mara yang jauh dan dekat,anak buah yang semakin membesar ,riuh  rendah dengan suasana hari raya dan pelbagai juadah yang dihidangkan,itulah nikmat kurniaaNya kepada semua hamba hambanya..alhamdulillah

jumpa atok dengan wan ,alhamdulillah

    Hampir dua minggu Ramadhan meninggalkan kita,pelbagai memori yang kita cipta bersama keluarga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia..yang paling terkesan buat diri ini,ialah berbuka di Masjid yang mesra dengan kanak -kanak ,dan hidangan makanan yang disajikan hanya sekadarnya dan itulah yang membantu kita untuk kekal sihat dengan menjaga  pemakanan dengan sebaiknya dan terus bersemangat  untuk beribadah dan menempuh bulan seterusnya dengan penuh kesyukuran.


memori bulan ramadhan kemana mana ikut mama 

    Begitulah sedikit sebanyak memori yang dapat dikongsikan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal,anda semua mesti banyak juga yang cerita  menarik kan dibulan syawal yang meriah ni,dan saya doakan kita semua menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini amin...


    Hampir dua minggu ni macam mana dengan kesihatan kita semua,jangan lupa amalkan makanan yang sihat,banyakkan pengambilan air,buah buahan yang kaya dengatn nutrisi,makulmlah bulan syawal ni kita memang akan terdedah dengan pelbagai makanan yang tinggi dengan kandungan gula,jadi beringatlah semua ya,berpada pada dalam pengambilan makanan yang keterlaluan,sayang rasanya sebulan  kawalan pemakanan yang kita cuba amalakan hilang begitu sahaja kan?



    Bagaimana saya beraya dengan Shaklee..nak tahu tak?apa yang saya amalkan?semestinya ESP ! yang ini memang saya amalkan sebelum memulakan aktiviti di awal pagi,dengan mengambil Esp ini badan saya rasa bertenaga dan hilang rasa lesu,bila saya dan family akan pulang ke kampung dalam masa beberapa hari,Vitamin C Shaklee menjadi peneman saya ,cukup untuk saya amalkan 2 tablet sehari..ia sangat membantu perjalanan dan aktiviti saya seharian.

    Kita pelu tahu bahawa badan kita tidak menghasilkan Vitamin C ,jadi kita kena ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C atau amalkan Suppliment Shaklee bagi membekalkan vitamin yang secukupnya kepada tubuh badan kita,tidak sekadar vitaminC banyak lagi yang diperlukan Oleh badan,jom sama sama kita tambah pengetahuan kita berkenaan dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi.


    Kadangkala badan saya juga merasa lesu setelah makan ,dahulu saya agak pelik kenapa terjadi sebegini,pada pemikiran saya,bila kita makan badan akan lebih bertenaga,setelah mendapat pendedahan dari Pakar Nutrisi dan Leader leader Shaklee berkenaan pengambilan Vitamin dalam seharian,saya semakin faham dan merasa sangat penting untuk semua mengetahui akan kepentingan pengambilan vitamin dalam membantu sel sel dalam badan kita berfungsi dengan sebaiknya.


    Di sini saya nak kongsikan Promosi Raya bersama Shaklee,menarik sungguh bulan ni,penuh dengan Promosi untuk membantu kita semua agar terus sihat ,jomla sama-sama kita ambil peluang yang shaklee berikan ni,bukan sekadar kesihatan yang baik,tetapi shaklee juga membuka peluang kehidupan yang lebih baik iaitu peluang menjana pendapatan bersama shaklee(yang ni slot khas sy akan kongsikan ,bagaimana berbisnes dengan shaklee)untuk entry kali ini saya fokus kepada set Raya bersama shaklee ya;-)

B-Complex with Folic Acid



    B -Complex ni adalah suppliment terawal yang saya ambil,punca utama saya  mengambil 
B- complex ini kerana ,terasa sangat lesu dan letih ketika melakukan aktiviti seharian disini saya akan kongsikan info berkenaan dengan B -Complex

    B-Complex mengandungi 8 Komponen vitamin B,termasuklah Biotin dan asid folik,kelebihan vitamin ini adalah larut air dan sebarang  lebihan tidak  akan disimpan sebaliknya disingkirkan  melalui sistem pencernaan.

    Manfaat utama vitamin B ini adalah menukarkan makanan kepada tenaga,sekaligus mengurangkan masaalah keletihan dan kelesuan,semua ini terbukti apabila saya sendiri mengamalkanya,alhmdulillah sangat membantu terutama bagi ibu macam saya yang sentiasa menguruskan anak anak kecil yang aktif dan sihat alhamdulillah..


Set Kurus Raya


Herb- Lax

  Herba Lax mengandungi  Senna Leaves yang merangsang tindakan pembersihan lembut  pada usus dan perut,mempercepatkan prosese detoks  dan pengurangkan penyerapan lemak

    Bukhon Bark yang terkandung dalam herba lax juga membantu  melembutkan najis dan memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

    Manfaat utama Herba Lax adalah merangsang usus untuk pembersihan  secara lembut kepada najis,Membantu masaalah  sembelit,Mengempiskan perut  ,sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut kepada usus.


Alfafa Complex

    Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi,dan dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan nutrisi dan zat galian,kaya dengan  protien,asid amino,,klorofil,15 zat galian,10 vitamin ,10 biji alfafa  menyamai segelas susu!


Omega Guard

   

    Manfaat Omega Guard,Mencegah  penyakit saluran darah dan strok,Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin dan perkembangan memori,Meningkatkan sistem imun,menentang kanser,memelihara fungsi sendi,mencegah insomia  dan membantu mengurangkan tekanan.

Lecithin

    Diestrak dari kacang soya organik bukan GMO,setiap kapsul mengandungi  520 lecitin,80 mhg kolin dan 48mg inositol.

    Manfaat Utama lecithin ini adalah membantu  melindungi hati  dengan menghalang lemak dihati,dan membantu memulihkan kesihatan hati.

    Merupakan ajen pemecah lemak  dan kolestrol seterusnya bertindak sebagai pembersih  salur darah,pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak  mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang,dan membantu mencantikkan otot dan kulit dengan mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.


    Entry kali ini terasa padat dengan info dan fakta berkenaan dengan vitamin shaklee,bila kita amati semula betapa pentingnya pengambilan vitamin dalan kehidupan seharian,cuba lihat gambar di atas,kelihatan perbezan yang ketara sekali kan!,beliau adalah pengamal Shaklee dan lihat pada umurnya 69 tahun kelihatan cergas sekali!boleh la kita semua ambil manfaat untuk kesihatan yang lebih baik,terutama buat diri sendiri serta dokongsikan kepada family terdekat dan rakan taulan.


Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi sumber inspirasi buat sahabat semua,bagi yang berminat untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik ,jom bermula dari sekarang ,sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini,semoga bermanfaat dan jumpa lagi diperkongsian yang akan datang ya!

Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN



#Nextlevelblogging2023#
#ShakleeThrive2023#
#ShakleeTriumph2023#




TIPS BISNES ONLINE

  TIPS BISNES ONLINE Tips bisnes online Semakin ramai yang  mengambil keputusan untuk membuat side income melalui bisnes online. Bisnes onli...