OPEN HOUSE DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1444 H/2023
Assalamualikum semua,
Salam Syawal buat semua,masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin buat semua sahabat kenalan saya.
Syawal kali ini penuh meriah ya,sepanjang bulan Syawal saya menerima banyak jemputan open house dari sanak saudara dan sahabat handai.
Tidak ketinggalan juga ,menerima tetamu yang hadir ke rumah,alhamdulillah...syukur ya Allah di atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kami semua.
Entry saya yang sebelum ini ada saya kongsikan berkenaan dengan perjalanan raya kami sekeluarga di hari raya yang pertama,pada entry kali ini saya akan kongsikan tentang Open House sepanjang bulan Syawal yang mulia ini.
Ziarah kami di hari pertama adalah mengunjungi sahabat seperjuangan sewaktu kami menuntut ilmu suatu ketika dahulu,terubat rindu apabila berjumpa dengan sahabat sahabat kita kan,terima kasih sahabat sudi menjemput kami ke teratak yang indah dan tenang.
Seterusnya kami bergerak ,menuju ke rumah sanak saudara di sekitar Shah Alam ,iaitu saudara sebelah ibu dan ayah saya,kami berkumpul lapan beradik di situ sambil menjamu selera makanan yang dihidangkan,terasa kemeriahan ketika berkumpul bersama sanak saudara yang ramai..ala kulli hal..dapatlah kami mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah lama tidak bersua muka.
Terima kasih juga buat sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah,dengan persediaan yang sederhana pada Syawal kali ini,terasa berkat dengan kehadiran para tetamu yang datang kerumah..keluarga belah suami dari jauh datang ke umah untuk berjumpa dengan anak buah dan cucu,subhanallah di sini kita dapat lihat keindahan Islam, benarlah saling kunjung mengunjngi mengeratkan hubungan sillaturrahim.
Baru baru ini ,anak anak juga tidak ketinggalan menyambut kemeriahan Syawal di sekolah masing masing,paling saya ingat adalah keletah anak saya yang berumur 4 tahun,"Mama muallimah kata esok pakai baju raya tau " dengan sebutannya yang sedikit pelat ,teringat pula zaman saya dahulu 6 tahun baru ke sekolah ,hai anak bezanya zaman kamu dan zaman mama..semoga anak anak semua menjadi anak yang soleh dan Solehah saham buat mama dan baba..amin
Sambutan Raya anak -anak pada kali ini ,dimeriahkan dengan sambutan hari guru,jadi dikesempatan ini ,saya mengucapkan Selamat hari guru kepada semua pendidik yang pernah mendidik anak saya dari kecil sehingga kini,saya doakan para pendidik ini dikurniakan pahala yang berterusan dan diterima amalan soleh mereka dalam mendidik anak anak kami..amin.
Akan datang ,tempat kerja kami juga akan mengadakan Jamuan Hari raya buat semua jemputan yang berdekatan,sekarang ni dalam proses persiapan kerana majlis yang dirancang akan berjalan minggu hadapan ,doakan majlis berjalan dengan lancar,dan bagi yang berdekatan boleh la berkunjung ke Open House yang akan di adakan di Masjid BBST Sepang pada 20 Mei 2023 ini.
Baru-baru ini juga saya menerima beberapa jemputan dari sahabat handai,lihatlah kemeriahannya!saya yakin semua pasti merasa nikmatnya berada di bulan Syawal kan!di samping menghadiri jemputan tu ...jangan lupa jaga kesihatan juga ya..ambil makanan secara sederhana,pengambilan air mineral dan buah buahan yang secukupnya,bagi mengekalkan tenaga kepada badan kita.
sekian sahaja perkogsian saya pada kali ini,inilah memori Open House 2023 yang akan sentiasa berada di dalam memori kita,jumpa lagi di next entry ya !
Selamat Hari Raya🌹
ReplyDelete