Tuesday, July 18, 2023

KERJA DARI RUMAH

KERJA DARI RUMAH 









Mengambil keputusan untuk kerja dari rumah   adalah tidak asing dikalangan wanita pada masa kini,ini kerana pelbagai faktor yang dipertimbangkan oleh mereka yang bergelar wanita,lagi lagi mereka yang dalam fasa menguruskan anak- anak kecil yang sedang membesar.

Peredaran zaman juga memainkan peranan yang kadangkala memerlukan wanita untuk bekerja di luar rumah,bergantung kepada situasi keluarga masing - masing dan keputusan yang di ambil bersama antara suami dan isteri.


PERINGATAN UNTUK WANITA YANG BEKERJA DI LUAR RUMAH









wanita yang bekerja di luar rumah mestilah memastikan syarat -syarat mereka untuk bekerja mengikut landasan yang telah Islam gariskan seperti

1. Menutup aurat

2.Tidak berlebihan dalam berhias

3.Mengambil ringan urusan tanggungjawab di rumah

4.Mendapat keizinan dari suami

5.Menjaga kehormatan diluar rumah.


KELEBIHAN BAGI WANITA YANG BEKERJA DI RUMAH



Bagi wanita yang memilih untuk bekerja dirumah,pelbagai perkara yang kita boleh manfaatkan sebenarnya jika kita tahu kelebihan dan mempunyai tujuan dan sasaran apa yang kita akan lakukan dalam kehidupan seharian,setuju?

yang paling penting adalah kesabaran dalam menggalas tanggunjawab sebagai suri rumah sepenuh masa,ia memang sebuah keputusan yang mulia dan disertai dengan tanggungjawab.

kelebihan bekerja dirumah :

1.Boleh menyusun waktu secara fleksibel tanpa ada arahan dari atasan yang perlu kita ikuti dengan syarat -sayarat yang kadangkala membuat kita serba salah dalam membuat keputusan.

2.Kita mempunyai pilihan untuk berikan yang terbaik dalam aktiviti harian kita pada masa kini dan akan datang.

3.Mempelbagaikan kemahiran sebagai seorang suri rumah,dari segi pengurusan masa,skill memasak,mencari peluang menjana pendapatan dari rumah dan banyak lagi.

4.Membesarkan anak di depan mata disamping memberikan mereka pendidikan yang terbaik dengan ilmu sedia ada bagi seorang wanita itu sendiri.

5.Menambah ilmu pengetahuan melalui kelas -kelas yang diadakan secara online mahupun offline.


MOTIVASI UNTUK MEREKA YANG BEKERJA DI RUMAH

1.Mulakan seawal pagi untuk menjadi seorang yang  lebih produktif

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Ya Allah berilah keberkahan bagi umatku di pagi harinya "

(HR.Abu Daud)


2.Menyusun jadual waktu dengan sebaiknya 

Firman Allah S.W.T

"Apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh sungguh  ibadah ibadah yang lainnya dan hanya Rabb -mulah  hendaknya engkau berharap"

(Al Insyirah :7-8)


3.Jauhi perkara yang sia -sia kerana waktu begitu berharga

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Di Antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya "

(HR Tirmizi)


kita amalkan dahulu 3 tips yang penuh berharga ini,apabila sudah sebati dalam diri bolelah kita mencari motivasi dan tip tips tambahan untuk kita jadikan sebagai panduan.


KESIMPULAN

sebagai seorang yang bekerja di rumah ,kalian adalah insan yang terpilih untuk meraih pahala yang berterusan,jangan rasa rendah diri dengan kerjaya ini kerana ia adalah kerjaya yang sungguh mulia,niatkan segala aktiviti yang kita lakukan sebagai ibadah kerana hanya dengan ibadah amalan kita diterima.


ALHAMDULILLAH

Sekian sahaja untuk entry saya kali ini semoga bermanfaat,dan jangan lupa selepas baca komen ya apa yang anda dapat,terima kasih!











jumpa lagi di next entry ya sahabat sahabat blog semua!


Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN




#Nextlevelblogging2023#

#ShakleeThrive2023#

#ShakleeTriumph2023#



No comments:

Post a Comment

TIPS BISNES ONLINE

  TIPS BISNES ONLINE Tips bisnes online Semakin ramai yang  mengambil keputusan untuk membuat side income melalui bisnes online. Bisnes onli...