Tuesday, July 18, 2023

TIPS BISNES ONLINE

 TIPS BISNES ONLINE

Tips bisnes online

Semakin ramai yang  mengambil keputusan untuk membuat side income melalui bisnes online.

Bisnes online bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua pada era kini,ini kerana kita memang telahpun terdedah dengan aktiviti jual beli secara online ,melalui transaksi yang kita lakukan dalam perbelanjaan seharian.

Bagi mereka yang baru berjinak dalam Bisnes Online ini,haruslah mempunyai Mind set yang benar benar kuat untuk menjalankan aktiviti bisnes ini,kerana tidak semua perkara yang kita lakukan akan mendatangkan hasil yang cepat ,kadangkala  memerlukan masa yang panjang ,ini kerana kita berada di fasa permulaan dalam bidang perniagaan.

Formula mudah difahami tentang perniagaan :

1. Kalau jualan rendah, selalunya berpunca daripada tak ramai orang tahu. Formula perniagaan ialah lebih ramai orang tahu, lebih besar peluang anda akan dapat.


2. Solusinya ialah setiap hari gunakan seluruh kemampuan untuk beritahu seramai mungkin orang. Jika ada wang, buat iklan berbayar. Jika tiada wang ketuk 100 pintu rumah, tegur 100 orang di jalanan, ketuk 100 tingkap kereta.


3. Paling mustahak sekali, di sinilah ramai orang tak perasan. SIKAP memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses meningkatkan jualan. Semua orang kena tahu dan jujur kepada diri sendiri. Sama ada kurang usaha ataupun kurang ilmu dan kebanyakannya adalah berpunca daripada kurang usaha. Yang mana, dalam hal ehwal kurang usaha ni tidak ada seorang sifu, mentor mahupun pengasas group yang boleh membantu .



PENGALAMAN DIRI SENDIRI

Saya juga kini sedang mengusahakan Bisnes online saya yang hampir mencecah 5 tahun,iaitu shaklee bisnes.

alhamdulillah sepanjang saya berada dalam team saya ini banyak perkara baru yang saya pelajari ,terutama perniagaan ini telah mengubah Mind Set saya terhadap para peniaga di luar sana.

Memandang mereka dan menyantuni mereka dengan lebih positiv,banyak lagi yang saya pelajari ,iaitu kemahiran nutrisi,pengalam berinteraksi dengan mereka yang telahpun berjaya dalam bisnes ini.

dan diantara perkara baru yang saya kira satu kejayaan adalah..berkongsi segala pengalaman dan detik perjalanan saya bersama keluarga Shaklee di dalam blog ini

yang mana suatu ketika dahulu saya merasakan amat mustahil bagi saya menceburi penulisan dalam blog ini dan akhirnya dapat juga memberi manfaat kepada para pembaca,alhamdulillah.

kawan kawan saya yang diluar sana tu,jika mahu mencari peluang  pendapatan tambahan melaui bisnes online yang saya Usahakan,jangan segan untuk mencari saya,untuk kita berkongsi dan mencapai impian dan berjaya bersama.

  (Inspirasi buat diri)

Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!


BISNES ONLINE

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN



#Nextlevelblogging2023#
#ShakleeThrive2023#
#ShakleeTriumph2023#

KERJA DARI RUMAH

KERJA DARI RUMAH 









Mengambil keputusan untuk kerja dari rumah   adalah tidak asing dikalangan wanita pada masa kini,ini kerana pelbagai faktor yang dipertimbangkan oleh mereka yang bergelar wanita,lagi lagi mereka yang dalam fasa menguruskan anak- anak kecil yang sedang membesar.

Peredaran zaman juga memainkan peranan yang kadangkala memerlukan wanita untuk bekerja di luar rumah,bergantung kepada situasi keluarga masing - masing dan keputusan yang di ambil bersama antara suami dan isteri.


PERINGATAN UNTUK WANITA YANG BEKERJA DI LUAR RUMAH









wanita yang bekerja di luar rumah mestilah memastikan syarat -syarat mereka untuk bekerja mengikut landasan yang telah Islam gariskan seperti

1. Menutup aurat

2.Tidak berlebihan dalam berhias

3.Mengambil ringan urusan tanggungjawab di rumah

4.Mendapat keizinan dari suami

5.Menjaga kehormatan diluar rumah.


KELEBIHAN BAGI WANITA YANG BEKERJA DI RUMAH



Bagi wanita yang memilih untuk bekerja dirumah,pelbagai perkara yang kita boleh manfaatkan sebenarnya jika kita tahu kelebihan dan mempunyai tujuan dan sasaran apa yang kita akan lakukan dalam kehidupan seharian,setuju?

yang paling penting adalah kesabaran dalam menggalas tanggunjawab sebagai suri rumah sepenuh masa,ia memang sebuah keputusan yang mulia dan disertai dengan tanggungjawab.

kelebihan bekerja dirumah :

1.Boleh menyusun waktu secara fleksibel tanpa ada arahan dari atasan yang perlu kita ikuti dengan syarat -sayarat yang kadangkala membuat kita serba salah dalam membuat keputusan.

2.Kita mempunyai pilihan untuk berikan yang terbaik dalam aktiviti harian kita pada masa kini dan akan datang.

3.Mempelbagaikan kemahiran sebagai seorang suri rumah,dari segi pengurusan masa,skill memasak,mencari peluang menjana pendapatan dari rumah dan banyak lagi.

4.Membesarkan anak di depan mata disamping memberikan mereka pendidikan yang terbaik dengan ilmu sedia ada bagi seorang wanita itu sendiri.

5.Menambah ilmu pengetahuan melalui kelas -kelas yang diadakan secara online mahupun offline.


MOTIVASI UNTUK MEREKA YANG BEKERJA DI RUMAH

1.Mulakan seawal pagi untuk menjadi seorang yang  lebih produktif

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Ya Allah berilah keberkahan bagi umatku di pagi harinya "

(HR.Abu Daud)


2.Menyusun jadual waktu dengan sebaiknya 

Firman Allah S.W.T

"Apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh sungguh  ibadah ibadah yang lainnya dan hanya Rabb -mulah  hendaknya engkau berharap"

(Al Insyirah :7-8)


3.Jauhi perkara yang sia -sia kerana waktu begitu berharga

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Di Antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya "

(HR Tirmizi)


kita amalkan dahulu 3 tips yang penuh berharga ini,apabila sudah sebati dalam diri bolelah kita mencari motivasi dan tip tips tambahan untuk kita jadikan sebagai panduan.


KESIMPULAN

sebagai seorang yang bekerja di rumah ,kalian adalah insan yang terpilih untuk meraih pahala yang berterusan,jangan rasa rendah diri dengan kerjaya ini kerana ia adalah kerjaya yang sungguh mulia,niatkan segala aktiviti yang kita lakukan sebagai ibadah kerana hanya dengan ibadah amalan kita diterima.


ALHAMDULILLAH

Sekian sahaja untuk entry saya kali ini semoga bermanfaat,dan jangan lupa selepas baca komen ya apa yang anda dapat,terima kasih!











jumpa lagi di next entry ya sahabat sahabat blog semua!


Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN




#Nextlevelblogging2023#

#ShakleeThrive2023#

#ShakleeTriumph2023#



Saturday, July 1, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Amalan gaya hidup sihat amat penting bagi individu yang mengambil berat tentang  tahap kesihatan badan mereka .


Kerap kali kita mendengar statistik kesihatan yang yang membimbangkan dikalangan masyarakat malaysia kita.


Kesedaran kesihatan sebenar seseorang  adalah bermula dari diri sendiri,ini memang tidak dapat dinafikan,kerana hanya diri sendiri yang mengetahui cara penjagaan kesihatan diri sendiri.


TIPS PENJAGAAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 

1.RUTIN JADUAL YANG TERSUSUN

 rutin jadual yang tersusun ini membantu seseorang individu menyusun perjalanan aktiviti seharian,dengan mengatur waktu dari awal bagun sehingga ke waktu tidur agar sentiasa berkualiti dan prduktif.


2.SARAPAN DI AWAL PAGI

Mengamalkan sarapan di awal pagi bukan sahaja baik untuk pencernaan ,malah menjaga kualiti minda agar sentiasa dalam keadaan segar dan berfikiran psitive,terutama apabila kita mengambil nutrisi yang sebaiknya.


3.PERUNTUKAN MASA UNTUK SENAMAN RINGKAS

Ya,ini amat penting sekali untuk  menghasilkan degupan jantung kita supaya beroperasi dengan sebaiknya,tahukah anda ? berjalan  dengan langkah yang pantas sangat membantu jantung kita menjadi lebih sihat dari masa ke semasa!jom mulakan langkah pertama anda semua. 

4.AMALKAN DIET PEMAKANAN YANG SEIMBANG

pastikan dalam menu hidangan kita ,terdapat bekalan kabohidrat,protien,zat besi,buah buahan ,sayur sauran hijau yang mampu membekalkan nutrisi untuk tubuh badan,ini kerana nutrisi ang mencukupi membantu seseorang lebih proaktif dan produktif dalam melakukan aktiviti seharian.


5.BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KESIHATAN.

Sewajarnya,kita selaku orang Islam ,sentiasa mensukuri nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita,dengan menjaga sebaiknya tubuh badan agar sentiasa dalam keadaan yang sihat,supaya segala aktiviti yang kita lakukan menjadi Ibadah kepada Allah S.W.T 

Sebagai kesimpulan ,laksanakanlah apa sahaja rutin harian yang boleh memberi manfaat buat diri kita sendiri dalam menjaga kesihatan diri sebagai tanda sukur kita kepadaNya di atas nikmat kesihatan yang berpanjangan..amin


jumpa lagi di next entry ya sahabat sahabat blog semua!


Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN




#Nextlevelblogging2023#

#ShakleeThrive2023#

#ShakleeTriumph2023#




PETUA HILANGKAN JERAGAT

 PETUA HILANGKAN JERAGAT.

APA ITU JERAGAT ?

Jeragat merupakan kesan tompokan kecil yang seringkali kelihatan di wajah ,sama ada disekitar pipi,hidung dan sisi wajah seseorang lelaki mahupun perempuan.

Apabila jeragat ini mula memenuhi kulit wajah,ia akan membuatkan seseorang itu kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai ,jadi sebelum perkara ini berlaku kepada kita,mari kita semak bersama apakah faktor utama yang menyebabkan jeragat ini memenuhi ruangan di wajah seseorang itu.


PUNCA TERJADINYA JERAGAT


1.TERDEDAH DENGAN SINARAN MATAHARI

2.TIADA RUTIN PENJAGAAN KULIT MUKA YANG BAIK

3 .PEMAKAIAN PRODUK KOSMETIK YAG TIDAK BERSESUAIAN

4.KURANGNYA PENGHASILAN KOLAGEN

5.TIDAK MENITIKBERATKAN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL.


CADANGAN PETUA HILANGKAN JERAGAT  JOM SEMAK!

1.Air beras

ini adalah petua orang orang dahulu..basuh beras ,air basuhan yang kedua @ ketiga jangan dibuang tetapi diratakan ke seluruh wajah  dan biarkan ia kering seketika..anda akan merasai nyaman  dan ini membantu mengembalikan seri wajah anda,cubalah!


2.Mencari sumber makanan yang boleh membantu menganjalkan kulit wajah kita iaitu Vitamin C,apabila tisu dalam kulit diperbaiki dengan baik oleh serapan vitamin C yang berkesan,ini akan membantu dan menghalang jergat dari muncul di wajah muka,pastikan anda mengamalkan vitamin C yamg terbukti selamat dan berkesan ya!


3.Rutin penjagaan kebersihan wajah haruslah dititikberatkan oleh semua lelaki mahupun wanita,ini sangat membantu kulit wajah kita agar lebih sihat dan tidak kusam sehingga jauh dari usia yang sebenar..Tahukah anda pengambilan vitamin yang diperlukan oleh badan secara konsisten sangat  membantu untuk menjaga kulit bagi mengelakkan dari penuaan yang terlalu awal dari usia sebenar!

4.Memastikan pemilihan kosmetik yang berkualit dalam  memberikan kesan yang terbaik untuk wajah dengan melihat isi kandungan yang terdapat didalam kosmetik pilihan kita,jangan mengambil sebarangan kosmetik tanpa mengetahui kandungannya terlabih dahulu !


CARA MENGATASI JERAGAT DENGAN SET PENJAGAAN YANG DIPERKENALKAN OLEH SHAKLE


1.Pengambilan Vitamin C yang membantu memperbaiki dalaman dan luaran kulit seseorang,sepertimana yang kita tahu vitamin C setiasa diperlukan oleh badan bagi menyerap nutrisi untuk badan manusia.

2.Esp yang berasaskan dengan Protien yang sangat bagus diamalkan kerana mengandungi banyak vitamin yang diperlukan oleh badan.

3.Vivix merupakan vitamin primeum yang mengandungi antioksidan yang membantu memperbaiki tisu tisu dan sel badan agar kembali sihat dari masa ke semasa.

4.Kollegen Powder Shaklee 

Kenapa kita kena ambil Collegen shaklee ???

Sebabnya bila usia kira meningkat..kulit kulit semua dah berkedut dan makin cepat collegen badan akan hilang...sebab itu kena ambil Collegen utk badan... Nak tahu apa khasiat collegen shaklee??

Apakah Kebaikan Shaklee Collagen Powder?

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Anti penuaan - mengecilkan liang pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan mengurangkan garis halus

Mengembalikan keanjalan kulit - menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

Meningkatkan pergerakan - menyokong kesihatan sendi dan tulang

Menyubur - menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar

Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara dan punggung

Mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata

Melembap - Melembapkan kulit bagi mengurangkan kulit kering dan rasa gatal


Jadi dah boleh buat keputusan untuk berikan yang terbaik untuk kulit wajah anda,jom mulakan sekarang!

Salam kejayaan untuk semua
jangan berhenti berimpian!

CT HAJAR 01132204441

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR& NEGERI SEMBILAN




#Nextlevelblogging2023#

#ShakleeThrive2023#

#ShakleeTriumph2023#




TIPS BISNES ONLINE

  TIPS BISNES ONLINE Tips bisnes online Semakin ramai yang  mengambil keputusan untuk membuat side income melalui bisnes online. Bisnes onli...