AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Amalan gaya hidup sihat amat penting bagi individu yang mengambil berat tentang tahap kesihatan badan mereka .
Kerap kali kita mendengar statistik kesihatan yang yang membimbangkan dikalangan masyarakat malaysia kita.
Kesedaran kesihatan sebenar seseorang adalah bermula dari diri sendiri,ini memang tidak dapat dinafikan,kerana hanya diri sendiri yang mengetahui cara penjagaan kesihatan diri sendiri.
TIPS PENJAGAAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
1.RUTIN JADUAL YANG TERSUSUN
rutin jadual yang tersusun ini membantu seseorang individu menyusun perjalanan aktiviti seharian,dengan mengatur waktu dari awal bagun sehingga ke waktu tidur agar sentiasa berkualiti dan prduktif.
2.SARAPAN DI AWAL PAGI
Mengamalkan sarapan di awal pagi bukan sahaja baik untuk pencernaan ,malah menjaga kualiti minda agar sentiasa dalam keadaan segar dan berfikiran psitive,terutama apabila kita mengambil nutrisi yang sebaiknya.
3.PERUNTUKAN MASA UNTUK SENAMAN RINGKAS
Ya,ini amat penting sekali untuk menghasilkan degupan jantung kita supaya beroperasi dengan sebaiknya,tahukah anda ? berjalan dengan langkah yang pantas sangat membantu jantung kita menjadi lebih sihat dari masa ke semasa!jom mulakan langkah pertama anda semua.
4.AMALKAN DIET PEMAKANAN YANG SEIMBANG
pastikan dalam menu hidangan kita ,terdapat bekalan kabohidrat,protien,zat besi,buah buahan ,sayur sauran hijau yang mampu membekalkan nutrisi untuk tubuh badan,ini kerana nutrisi ang mencukupi membantu seseorang lebih proaktif dan produktif dalam melakukan aktiviti seharian.
5.BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KESIHATAN.
Sewajarnya,kita selaku orang Islam ,sentiasa mensukuri nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita,dengan menjaga sebaiknya tubuh badan agar sentiasa dalam keadaan yang sihat,supaya segala aktiviti yang kita lakukan menjadi Ibadah kepada Allah S.W.T
Sebagai kesimpulan ,laksanakanlah apa sahaja rutin harian yang boleh memberi manfaat buat diri kita sendiri dalam menjaga kesihatan diri sebagai tanda sukur kita kepadaNya di atas nikmat kesihatan yang berpanjangan..amin
jumpa lagi di next entry ya sahabat sahabat blog semua!
No comments:
Post a Comment