MOTIVASI MENJADI IBU YANG LEBIH BAIK PADA SETIAP HARI
Menjadi seorang ibu yang sentiasa Positive pada setiap hari bukanlah perkara yang mudah betul tak ibu-ibu sekalian ?
semua ini memerlukan ilmu pengetahuan yang luas untuk mendidik diri dan anak-anak kearah lebaikan.
hari berganti hari,bulan berganti bulan,anak -anak semakin membesar dan banyak perkara yang kita belajar dari mereka sebenarnya
Dari merekalah kita belajar praktikal menjadi seorang ibu yang mengawal emosi,penyabar,kasih sayang ,kesedihan,kegembiraan,keperitan ,kejayaan dan sebagainya.
SEBAGAI KATA KATA Motivasi UNTUK PARA IBU JOM! KITA SEMAK SEMUA TIPS DIBAWAH INI SUPAYA TERUS BERSEMANGAT MENJALANI KEHIDUPAN SEHARI HARIAN
1.Berlatih bersabar
2.Berdoa
3.Perbanyak istighfar
4.Ingat tidak semua wanita beruntung seperti anda!
Ya! katakan pada diri anda semua,bahawa kita adalah insan terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah ini,tidak semua wanita dikurniakan cahaya mata yang sentiasa diidamkan,jadi buat yang terbaik dan sentiasa bermohon kepada Allah agar sentiasa membantu kita mendidik anak anak dengan hidayah petunjuk dariNya.
5.Kenali kondisi Anda
Perkara utama bagi seorang ibu adalah mengenal kondisi dirinya sendiri,tanpa membandingkan diri dengan orang lain,keutamaan seorang ibu adalah sentiasa memperbaiki emosi dirinya,supaya dapat mengawal diri sendiri kearah kebaikan seterusnya memberikan tauladan yang terbaik buat anak anak,apabila emosi ibu ini setiap hari semakin baik,percayalah akan lahir kelembutan dalam mendidik anak anak walaupun ada ketegasanNya,jom belajar cara menguruskan emosi bagi ibu ibu!
6.Berikan Pelukan dan ciuman untuk anak tersayang
sekian sahaja entri saya pada kali ini,selamat membaca ya!
No comments:
Post a Comment